Bukit Tinggi Trip
Salam,
Masa trip panjang ke Perak haritu, Aliah batuk-batuk diikuti dengan demam dan bintik. Kami pon tak syak apa2 kerana sibuk salahkan nyamuk. Tapi mama pelik kenapa bintik2 tu bertambah? Observe hari2 kenapa bintik bertambah walaupun demam dah surut. Mula-mula ingatkan demam sebab lung infection ke ape... previously memang dah biasa dengan keadaan aliah yang kerap batuk dan sampai demam... Dah pegi 2 orang doktor semuanya kata tak de apa2.Hanya sakit kulit? YE ke ni.... Selepas 8 hari pulang dari Perak, mama tak puas hati pergi jumpa jugak dr. ke 3. dr. ni memang bagus tapi agak jauh dari rumah. sebab mama curiosity melampau dan bimbang kesihatan aliah, pegi juga. Aliah kena Hand Foot Mouth disease. Suspen dan sebak gak la mama dengar. Pening kejap pun ada tapi maintain relaks. macam mana la pulak aliah ni boleh kena HFM. Pening kepala di buatnya. Nak makan ubat mmg sahla susah. HFM ni mmg common di Malaysia ni especially utk anak yang dihantar ke taska atau tadika. Virus ni dah macam immune so dr. cakap takde ape yang harus dibimbangkan cuma dia minta asingkan dengan Raniah takut berjangkit.
Mama dah mmg azam tak pegila UTM beberapa hari ni kerana nak jaga aliah. infact mama dah tak pegi UTM 2 minggu okay sebab nak jaga aliah. alhamdulillah dia dah nampak ok. dah takde bintik2 lagi...
Ni la budak comel yang kena HFM tempoh hari.dah sembuh.Syukur
Sebelum nak cerita lagi tentang tips berjalan dengan anak2.Semalam adik ipar bercerita mengenai external hardisk. Inilah nak buat aku nangis ni. External Hardisk Buffalo suamiku yang dibelinya kira-kira 7 tahun lepas dah 2 bulan tak boleh nak retrieve data. Dahla gambar -gambar dia di Jepun selama 7 tahun dan gambar aku duduk jepun 1 tahun habiss semuanya tidak boleh dibuka.. giler bengang.. Ya allah nak nangis pun macam dah takde air mata lagi. sangatlah tensen. .. nak guling2.. pedih hati semua ada. Selidik punya selidik ada satu company ni boleh retrive kan data kita semula.tapi kami takut pulak nak cuba sekali dia charge beribu macam mana??? kenangan tinggal kenangan... nasib la ada beberapa keping yang sempat dicuci, dan dah upload dekat facebook buat untuk tunjuk dekat anak2... bila mereka dah faham.... sedey seyy.... secara kesimpulannya toksah la nak depend on IT ni sangat.
Encik Goofy kesayangan Raniah
Raniah semasa trip Disney on Ice March lepas
Antara tips menjaga anak2 sewaktu buat trip panjang ialah :
1. Ensure you all bawak hand sanitizer everywhere you go. letak je dalam bag lepas tu rajin2 la basuh tangan anak you all especially yang jenis menghisap jari macam anak saya ni.
2. Kalau nak guna tandas awam, gunalah bilik air utk orang cacat tu. saya rasa lagi bersih dari tandas yang orang normal guna coze less people use it.
3. Kalau bawak anak kecil berjalan2..dan dia nak poopie pulak, ensure you all bawak tisu basah brand apa pon ok coze very hard nak cari baby's room dekat malaysia ni unless dekat bandar2 besar itupun dekat shopping mall macam jusco, isetan, metrojaya je ada.. lain hopeless!
4. Must have in your hand bag, krim nyamuk yang sesuai utk baby, krim rashes drapolean, minyak angin utk perot baby dan most important is selit tisu basah n hand sanitizer.
No comments:
Post a Comment