Persiapan ke Utsunomiya tidak mengambil masa yang panjang.
Mungkin kerana kami dah biasa tinggal di bumi jepun,jadi persiapan tidak begitu detail.
Sungguh begitu,barang2 makanan dah siap2 packing 3 bulan sebelum kami bertolak.
Mungkin sbb kami pindah 2 rumah dari bukit indah ke gelang patah atau
Mungkin juga sebab ada banyak possibilities pegi jepun ke tak pegi jd
Kebanyakan barang dah siap2 packing. But basically yang paling penting utk penghijrahan ini
Ialah persediaan mental aku. Aku perlu mengubah mind set dari malay style to japanese style!
Bunyi mudah,kalau mudah setakat tengok drama jepun aku dah boleh ada mind set jepun!
Bukan semudah itu rupenya!
Perkara pertama yang perlu wajib fikir kalau nak pergi jepun sbg tourist ialah visa:
Tak susah nak dpt visa tp remeh. Kalau tak nak remeh2 fk urusan ni boleh suruh agent.7 years
Ago the agent fee is rm20 but I think u must buy the ticket with them too.
Buat sendiri pon boleh. Setelah 5,6 kali buat seniri, I guess buat seniri je la
This time. Buat pe nak suruh agent ye tak?
Firstly kena la ada:
W
1)Valid pasport
2)Surat jemputan dari jepun(dr org yang ask u to come, or tulis surat seniri)
3)Tiket(e-ticket) fotocopy pon ok
4)Bukti akaun bank(dlm bank mesti ada sufficient amount of money) or slip gaji
5)Isi borang visa beserta alamat hotel or rumah yg u all nk tinggal dkt jepun
Remeh kan?
Mmg remeh, tp free dan kalau complete semua dokumen sbenarnya senang aje nk dpt visa ni 3 hari bekerja. Then, selain visa of course lah tiket kapal terbang. Air asia n MAS from Malaysia ada good deal. So don't just aim for air asia because MAS do have great discounts and price for the tickets from Malaysia to Narita. Dah la timing pun ok,pagi ada petang ada,punctual (insyallah) with bag allocation n meals n not to forget huge huge seats. Very comfortable and I hv tried both.
Next,is to plan your iterenary. Its quite hard since u hv to submit this iterenary to the embassy for visa application. Nak pegi mana hari pertama?disneyland kah?outletkah? Zoo kah? Semua kena tulis dgn detail.
Duit kena tukar at the best rate. Buatlah kajian bila masa yen turun cepat2 la beli. And of course tak lupa makanan halal yg u all perlu bawak dari malaysia. Saya utk hijrah kali ni 3 beg besar utk makanan ok!hehehehe...
Oklah..next time tulis lagi. Janji.
Monday, March 5, 2012
Saturday, February 18, 2012
Wedding at Ueno
Hari ni dapat sekeping kad.
Dari sahabat baik, bestman hubby masa wedding kami.
Kali ini gilirannya pula.. aku tumpang nerves ...
Tak sabar rasanya nak menghadiri wedding Yuki dan Iwabuchi.

Merindui merekakah?
New experience...atau tak sabar nak pulang semula ke Udai?
Wallahualam, Allah jua yang mengetahui segalanya di dalam hati ini.
~senyum sahaja
Sunday, February 12, 2012
Utsunomiya
Assalamualaikum,
Penulisan hari ini agak 'dalam'. 2 minggu sudah aku telah menjejakkan kaki ke bumi Utsunomiya untuk tujuan entrance examination. Hati berdebar-debar, rasa berat dan pening. Anak-anak terpaksa ditinggalkan dengan suami dan mama abah. Walaupun aku tahu mereka akan baik-baik aja, hati tetap tidak betah rasa susah. Kaki melangkah ke dalam bas persiaran di Larkin dengan penuh harapan dan cita-cita. Kali ini langkahnya terasa benar sekali. Menitis juga air mata... walaupun di tahan. Tak tahulah kenapa...?
2 beg berat mengiringi aku. "tak perlu hantar saya ke KLIA!" kata aku dengan penuh yakin bersahaja.. ye lah tu.. dalam hati "silalah bawak saya ke jepun sekali!?"... itu tidak akan berlaku. perjalanan yang jauh dari menaiki bas kemudian berhenti di TBS sebentar. Allah beri peluang aku berjumpa dengan kawan baikku. Kemudian menaiki ERL dengan 2 beg besar itu!!! dan satu beg laptop... (terasa mcm orang bangla sudah...) Alhamdulillah tiba jua di KLIA, mendaftar masuk dengan gayanya 27.5kg!... lebih banyak kilo tu..dan menunggulah aku di KLIA selama 5 jam sebelum flight pada pukul 11 malam. Masyallah, apa yang hendak aku buat? Allah berikan ku peluang jadi ibu 'rehat' selama 3 hari. -_- thanks Allah.
Setibanya aku di bumi Sakura, ke sedut sedalam dalamnya angin Jepun. Sungguh segar sekali. Aku teringat kembali saat ku melangkah ke bumi ini dengan sahabat-sahabat ku pada tahun 2004 dan kemudian bersama-sama suamiku pada tahun 2006 dan 2007. Kini aku kembali. Sungguh besar nikmat Allah.
Siapa sangka, perancanganku ke Melbourne telah bertukar ke Utsunomiya. Siapa sangka perjalanan ini sebenarnya ditentukan oleh Allah dan bukan kita? Sudah pasti ada rahsia tersembunyi yang tidak kita ketahui. Sesungguhnya Allah itu maha besar. (Hatiku rasa nak sebak lagi ... *_*)
Dengan langkah berani( sebenarnya langkah ini adalah langkah tenang yang diberi Allah) Aku sebenarnya masih tak percaya aku seberani ITU!!!..... Masyallah.. berjumpa dengan sensei yang tidak pernah ku kenal orangnya, dan membuat pembentangan proposal dengan yakin(atau selamba??) hehe... hati ku berasa tenang sekali sebenarnya... cukup tenang.. malah lebih tenang dari kesemua pembentanganku selama ini. Aku yakin Allah bersama ku ketika itu... -_- shiawase..
Insyallah.. nanti sambung-sambung tulis mengenai research pulak ye?
ADI

Subscribe to:
Posts (Atom)