Academic Writings

Monday, November 22, 2010

rabbit

Lop ear rabbit-name BIWI


Lion Ear rabbit-nama baby

Raniah and baby


hari ni nak cerita sikit pasal haiwan ternakan baru kami iaitu rabbit.kami sekeluarga memang sayang binatang especially bapak nye.masa dekat jepun dulu dia siap bela ferret.(betul ke eja ni?) saya baru2 kawin dah ada tanggungjawab express kena jaga ferret tu..kakakak..dah la dia mcm tak suka saya ... memula je la.lepas tu dah jinak2 manja gitue.. yer seperti biasa bila kita membela haiwan ni mcm jaga baby.berak dia makan dia semua kita kena aturkan... oleh kerana itu, sebenarnya saya tak berapa nak suka sebab saya tau last2 saya yang kena jaga.



tetapi memandang kan anak2 saya suka, saya relakan lah juga dengan syarat haiwan tu saya approve. kucing awal2 lagi dah kena reject sebab saya alah dengan kucing lagipun kucing berak merata.tak kuasa den. then kami bela ikan.. dah bela2 ikan ade macam boring sebab ikan dok dalam air... heheheh... beberapa bulan lepas adik saya yang baru lepas bertunang tu nak get rid dia punya rabbit jenis lop ear. so, dengan rasa kasihan i offerkan lah diri nak jaga rabbit tu..saja nak cari pasal kan.. lagipun mengenangkan ada 3 orang lagi dalam rumah ni suka haiwan.. i pon terima.






sekali rabbit lop ear ni boring... nampak keseorangan sedey dan seangkatan dengannya.macam mana saya paham? sila jangan tanya.. i mcm ada 6 sense gitue.. jadi kami pegi beli rabit lagi sekor. kali ni beli rabit jenis lior ear..ffuhhhhhhhh cute habis la .. sekali jantan dengan jantan daa... hmm kena la beli sekor lagi buat partner. karang ada hubungan terlarang pulak dalam rumah ni.






jadi total skank dah jadi 3 ekor dari 1 ekor.tepok dahi kejap.mana menang tangan nak belajar lagi, nak masak lagi, nak tengok tv lagi.. hehehe.. nak jaga anak lagi, nak kemas rumah lagi,nak layan suami lagii... woi woi woi.. mmg saja cari pasal.tapi tengok anak dua orang nak terkekel kekel gelak.. ok la .. i pasrah.let mommy do the dirty job membersihkan kandang.. hehe... baru2 ni rabbit yang lop ear tu mati.aiseyy suspen jugakla camne la boleh mati.dipendekkan cerita (hanya saya je tahu cerita nii...) dah mati la 1 ekor..tinggal 2 ekor.. dan dah besar pon..



oklah nanti saya update cerita rabbit ni lagi...layan la gambar sekeping dua.










Wednesday, November 17, 2010


Bukit Tinggi Trip




Salam,
Masa trip panjang ke Perak haritu, Aliah batuk-batuk diikuti dengan demam dan bintik. Kami pon tak syak apa2 kerana sibuk salahkan nyamuk. Tapi mama pelik kenapa bintik2 tu bertambah? Observe hari2 kenapa bintik bertambah walaupun demam dah surut. Mula-mula ingatkan demam sebab lung infection ke ape... previously memang dah biasa dengan keadaan aliah yang kerap batuk dan sampai demam... Dah pegi 2 orang doktor semuanya kata tak de apa2.Hanya sakit kulit? YE ke ni.... Selepas 8 hari pulang dari Perak, mama tak puas hati pergi jumpa jugak dr. ke 3. dr. ni memang bagus tapi agak jauh dari rumah. sebab mama curiosity melampau dan bimbang kesihatan aliah, pegi juga. Aliah kena Hand Foot Mouth disease. Suspen dan sebak gak la mama dengar. Pening kejap pun ada tapi maintain relaks. macam mana la pulak aliah ni boleh kena HFM. Pening kepala di buatnya. Nak makan ubat mmg sahla susah. HFM ni mmg common di Malaysia ni especially utk anak yang dihantar ke taska atau tadika. Virus ni dah macam immune so dr. cakap takde ape yang harus dibimbangkan cuma dia minta asingkan dengan Raniah takut berjangkit.
Mama dah mmg azam tak pegila UTM beberapa hari ni kerana nak jaga aliah. infact mama dah tak pegi UTM 2 minggu okay sebab nak jaga aliah. alhamdulillah dia dah nampak ok. dah takde bintik2 lagi...

Ni la budak comel yang kena HFM tempoh hari.dah sembuh.Syukur




Sebelum nak cerita lagi tentang tips berjalan dengan anak2.Semalam adik ipar bercerita mengenai external hardisk. Inilah nak buat aku nangis ni. External Hardisk Buffalo suamiku yang dibelinya kira-kira 7 tahun lepas dah 2 bulan tak boleh nak retrieve data. Dahla gambar -gambar dia di Jepun selama 7 tahun dan gambar aku duduk jepun 1 tahun habiss semuanya tidak boleh dibuka.. giler bengang.. Ya allah nak nangis pun macam dah takde air mata lagi. sangatlah tensen. .. nak guling2.. pedih hati semua ada. Selidik punya selidik ada satu company ni boleh retrive kan data kita semula.tapi kami takut pulak nak cuba sekali dia charge beribu macam mana??? kenangan tinggal kenangan... nasib la ada beberapa keping yang sempat dicuci, dan dah upload dekat facebook buat untuk tunjuk dekat anak2... bila mereka dah faham.... sedey seyy.... secara kesimpulannya toksah la nak depend on IT ni sangat.

Encik Goofy kesayangan Raniah




Raniah semasa trip Disney on Ice March lepas





Antara tips menjaga anak2 sewaktu buat trip panjang ialah :



1. Ensure you all bawak hand sanitizer everywhere you go. letak je dalam bag lepas tu rajin2 la basuh tangan anak you all especially yang jenis menghisap jari macam anak saya ni.
2. Kalau nak guna tandas awam, gunalah bilik air utk orang cacat tu. saya rasa lagi bersih dari tandas yang orang normal guna coze less people use it.
3. Kalau bawak anak kecil berjalan2..dan dia nak poopie pulak, ensure you all bawak tisu basah brand apa pon ok coze very hard nak cari baby's room dekat malaysia ni unless dekat bandar2 besar itupun dekat shopping mall macam jusco, isetan, metrojaya je ada.. lain hopeless!
4. Must have in your hand bag, krim nyamuk yang sesuai utk baby, krim rashes drapolean, minyak angin utk perot baby dan most important is selit tisu basah n hand sanitizer.